Diskaun ini terpakai kepada kebanyakan kesalahan lalu lintas, tetapi ada beberapa jenis saman yang tidak layak untuk diskaun. Antaranya ialah saman berkaitan lampu isyarat, penggunaan lorong kecemasan, memotong secara berbahaya, kemalangan, modifikasi ekzos, serta saman yang melibatkan kenderaan berat.
Selain itu, saman yang berkaitan dengan Operasi Selamat (Op Selamat) dan kes non-compound, seperti kes yang memerlukan kehadiran di mahkamah, juga tidak dapat menikmati diskaun ini.
Kempen ini dilaksanakan untuk mengatasi isu saman tertunggak yang tinggi di Malaysia, yang kini mencecah jumlah sekitar RM6.5 bilion di seluruh negara. Ini adalah peluang baik untuk anda menyelesaikan saman yang pernah terlupa. Dalam kempen sebelum ini, ribuan pemandu datang ke balai polis untuk menjelaskan saman mereka, dengan balai polis menyediakan kaunter khas untuk warga emas, wanita mengandung, dan individu kurang upaya bagi meningkatkan kecekapan proses pembayaran.
PDRM juga menyarankan orang ramai untuk menggunakan aplikasi MyBayar PDRM bagi menyemak saman dan membuat pembayaran awal. Melalui aplikasi ini, proses pembayaran dapat dilakukan dengan lebih cepat, mengelakkan sebarang kelewatan yang tidak diingini.
Nak beli atau jual kereta terpakai? Muat turun aplikasi Motorist Malaysia hari ini!
Bacaan Tambahan: PDRM Tawar Diskaun 60% Saman Trafik: 22-24 Nov 2024
Muat turun Motorist App sekarang. Direka oleh pemandu untuk pemandu, aplikasi semua-dalam-satu ini membolehkan anda menerima kemas kini trafik dan suapan terkini daripada kamera trafik langsung, harga petrol yang dikemas kini dan akses pantas kepada rangkaian penuh perkhidmatan berkaitan kenderaan kami.