Goodyear Umum Penjualan Jenama Dunlop kepada Sumitomo Rubber Bernilai USD 703 Juta

Diterbikan oleh pada


Dalam satu perjanjian bernilai USD 701 juta, pengeluar tayar terkemuka, Goodyear, telah mengumumkan penjualan jenama Dunlop mereka kepada Sumitomo Rubber Industries (SRI). Langkah ini adalah sebahagian daripada rancangan perniagaan Goodyear untuk menyusun semula perniagaan mereka.


Perjanjian ini merangkumi pemindahan hak tanda dagangan, hak cipta, dan aset jenama Dunlop bagi Eropah, Amerika Utara, dan Oceania untuk tayar komersial, khas, dan pengguna, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Di bawah perjanjian ini, Goodyear masih boleh menghasilkan, mengedarkan, dan menjual tayar Dunlop mereka di Eropah sehingga akhir Disember tahun ini. Walaupun mereka perlu membayar royalti kepada SRI dalam tempoh tersebut, hasil jualan dan keuntungan tetap menjadi milik Goodyear.

Goodyear juga akan terus membekalkan tayar berjenama Dunlop tertentu ke Eropah untuk tempoh lima tahun, dengan kuantiti pembelian minimum yang telah ditetapkan.

Selain itu, SRI mempunyai hak untuk menamatkan terma perjanjian lebih awal dengan memberikan notis satu tahun dan membayar yuran penamatan.



Goodyear juga akan melesenkan semula tanda dagangan Dunlop untuk tayar trak di Eropah bagi mengekalkan akses mereka kepada jenama tersebut untuk perniagaan tayar motosikal di Eropah dan Oceania. Seperti biasa, mereka akan membayar royalti kepada SRI untuk penggunaan tanda dagangan tersebut.

"Kami telah menjalankan proses yang komprehensif untuk memaksimumkan nilai bagi Goodyear melalui pelupusan jenama Dunlop, dan kami sangat berpuas hati dengan hasil yang dicapai," kata naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan Goodyear, Christina Zamarro.

"Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan SRI bagi memastikan peralihan yang lancar untuk pelanggan jenama Dunlop."



Jika anda sedang mencari kereta untuk dibeli, menjual kereta, atau menukar kereta terpakai anda, Motorist Malaysia sedia membantu anda menghubungkan pembeli dan penjual dengan mudah. Sama ada anda ingin menaik taraf kepada model terkini atau mencari kenderaan terpakai yang boleh dipercayai, Motorist Malaysia mempermudahkan proses tersebut.

Ingin membeli atau menjual kereta terpakai? Muat turun aplikasi Motorist Malaysia hari ini!


Bacaan Tambahan: Kenali Masalah Tayar Anda: Kesannya & Cara Atasinya


Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!

Muat turun Motorist App sekarang. Direka oleh pemandu untuk pemandu, aplikasi semua-dalam-satu ini membolehkan anda menerima kemas kini trafik dan suapan terkini daripada kamera trafik langsung, harga petrol yang dikemas kini dan akses pantas kepada rangkaian penuh perkhidmatan berkaitan kenderaan kami.

0 Comments