Cara Menjual Kereta Terpakai Anda untuk Harga Tertinggi

Diterbikan oleh pada . Dikemas kini pada 3 Mar 2022

Selling my car highest price motorist(Kredit Foto: Pexels)

Berniat untuk menjual kereta anda kepada pengedar kereta terpakai? Kami akan memberitahu anda bagaimana anda boleh mendapatkan nilai maksimum untuk kenderaan anda.

Menjual kereta anda melalui cara lama adalah proses yang panjang dan berlarutan. Bersangkut di telefon dengan berbilang peniaga, mendapatkan tawaran murah daripada mereka, dan meneliti kertas kerja yang bertimbun – inilah antara kerumitan yang anda perlu sedia untuk jangkakan.

Tetapi bagaimana jika kami memberitahu anda bahawa terdapat cara baharu dan lebih mudah untuk menjual kereta anda? Cara yang cepat dan bebas kekecohan yang menjamin hasil dan harga jualan tertinggi yang dapat kecualikan anda daripada pening kepala dan sebarang kerumitan.

Terlalu baik untuk menjadi kenyataan? Baiklah, percaya atau tidak, Motorist.my sedia untuk membantu anda.


Sistem Pembidaan Dalaman Kami Memastikan Harga Terbaik untuk Kereta Anda

Motorist In-house Bidding System car valuation(Kredit Foto: MarTechToday)

Kami telah bekerjasama dengan hampir 400 pengedar kereta terpakai bertauliah dan bereputasi baik di Malaysia untuk membantu anda menjual kereta anda pada harga yang paling tinggi. Apabila anda menghantar butiran kenderaan anda kepada kami, kami akan meletakkan kereta anda dalam sistem pembidaan dalaman kami.

Sistem pembidaan ini berlaku setiap hari, yang bermaksud kami boleh menghubungi anda kembali dengan tawaran terbaik dalam masa satu hari kerja. Keseluruhan proses pembidaan dirahsiakan, jadi peniaga tidak akan dapat melihat apa yang ditawarkan oleh orang lain. Oleh itu, kami mengekalkan persaingan yang adil di kalangan pengedar untuk memastikan anda sentiasa mendapat harga terbaik untuk kenderaan anda.

Selepas sehari, kami akan menghubungi anda semula dengan tawaran terbaik untuk kereta anda. Dengan cara itu, anda akan mengelakkan sebarang rundingan yang menyusahkan atau tawaran yang sangat rendah daripada peniaga.


Tawaran Anda Sah untuk 48 Jam

One week hold bid calendar(Kredit Foto: Pexels)


Jika anda ingin berpegang atas tawaran kami dan mempertimbangkannya semula, maklumkan sahaja kepada kami dan kami akan menahan tawaran anda selama dua hari. Anda tidak sepatutnya membuat keputusan besar sebegitu serta-merta, anda juga tidak perlu merasa bertanggungjawab untuk menerima tawaran kami. Perkhidmatan yang kami sediakan adalah 100% percuma dan anda bebas untuk berundur pada bila-bila masa.


Peniaga Melihat dan Memeriksa Kereta anda

Viewing Inspecting Car(Kredit Foto: Pexels)

Untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada tawaran itu, peniaga dengan bidaan tertinggi perlu melihat dan memeriksa keadaan kereta anda. Jika kereta anda berada dalam keadaan yang tepat seperti yang digambarkan oleh anda dalam proses bidaan, peniaga akan menandatangani harga yang dipersetujui. Jika terdapat masalah yang tidak dinyatakan sebelum ini ditemui oleh peniaga, mereka mungkin menurunkan tawaran mereka. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengisi butiran kereta anda setepat dan sejujur mungkin.

Selepas melihat dan membuat pemeriksaan, beri kami masa beberapa hari untuk menyelesaikan kertas kerja dan pinjaman bank yang tertunggak (jika ada). Setelah semuanya diselesaikan, kami akan mengatur tarikh penyerahan dengan peniaga.


Pembayaran dan Penyerahan Kenderaan Anda

Agreement handshake Payment and Handing Over Your Vehicle(Kredit Foto: Pexels)

Pada tarikh penyerahan, anda hanya perlu memandu kereta anda ke pengedar dan menyerahkan kunci. Terma dan syarat pembayaran akan dirundingkan sebelum penyerahan, jadi sila maklumkan kepada kami jika anda mempunyai kaedah pembayaran pilihan. Urus niaga akan selesai setelah anda mendapat bayaran.


Merevolusikan Cara Pemandu Menjual Kereta Mereka

Motorist


Sekarang tahun 2019, dan teknologi sedang mengubah cara hidup kita, jadi mengapa ia tidak boleh mengubah cara kita berurus niaga kenderaan kita? Kami di sini di Motorist.my telah mengambil kaedah tradisional menjual kereta dan membuangnya ke luar tingkap. Dengan kaedah kami, kami mencari harga terbaik untuk sesiapa sahaja yang ingin menjual kereta mereka.

Kami telah berjaya menguruskan lebih daripada 9,000 kenderaan bernilai melebihi RM500,000,000, dengan beribu-ribu pengguna yang berpuas hati untuk dipadankan. Jika anda masih tidak yakin dengan kami, sila hubungi kami melalui talian atau e-mel, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda dalam penjualan kenderaan anda.

Tuntut penilaian kereta percuma anda hari ini!


Bacaan Tambahan: 6 Safety Tips When Selling Your Car in Malaysia

0 Comments