(Kredit Foto: Alor Gajah Municipal Council)
Pemanduan ke Singapura atau pun Thailand adalah perkara biasa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Tidak lama lagi kita mungkin boleh menambah Indonesia ke senarai itu kerana Melaka dalam perancangan laluan sejauh 120km ke Sumatera.
Bayangkan anda bangun dari tidur dan berasa seperti hendak ke Indonesia untuk menghabiskan hari disana tanpa perlu menghabiskan duit anda demi tiket penerbangan. Itu mungkin menjadi suatu realiti pada masa depan kedua-dua negara kerana cadangan sektor swasta telah dikemukakan untuk mewujudkan laluan antara Malaysia dan Indonesia untuk kenderaan dan mungkin pejalan kaki.
Perkara ini didedahkan oleh pengerusi exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, yang menyatakan cadangan ini akan mengambil masa 20 tahun untuk diwujudkan dan ia pastinya memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan Indonesia.
Pintu masuk yang dicadangkan ialah Telok Gong di Masjid Tanah dan Dumai di Sumatera. Difahamkan, agensi kerajaan telah membuat lawatan ke kawasan di Telok Gong yang menjadi pintu masuk/keluar di Melaka.
Pelan yang dicadangkan meliputi pembangunan pelbagai infrastruktur yang diperlukan seperti kawasan penyuraian lalu lintas dan bangunan imigresen, dan projek itu akan berasaskan konsep 'Satu Jalur Satu Jalan'. Bentuk laluan itu masih belum ditentukan tetapi dicadangkan bahawa sebuah jambatan atau terowong yang menghubungkan kedua-dua negara, merentasi Selat Melaka.
Menurut Ab Rauf, Masjid Tanah akan menjadi rumah kepada tapak perindustrian yang akan dibangunkan tidak lama lagi seluas 2,023 hektar, dan juga sebuah bandar baharu, usaha yang dijalankan dan disokong oleh Perbadanan Melaka.
Tuntut penilaian kereta percuma anda hari ini!
Bacaan Tambahan: The New Car Owner's Guide Vol 4: Driving Overseas - Singapore