(Kredit Foto: MBSJ)
Bayangkan anda sudah membayar untuk parkir kereta tetapi anda tetap disaman pegawai parkir. Ia bukan satu perasaan yang baik tetapi itulah yang dihadapi beberapa pemandu dan penunggang semalam di Subang Jaya.
Bermula semalam (1 Jun), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memulakan had parkir dua jam yang diumumkan sebelum ini untuk lot-lot di daerah komersial di bawah bidang kuasa MBSJ. Ini adalah percubaan untuk membantu mengatasi kekangan kawasan parkir disini, terutamanya pada waktu puncak dan musim sibuk.
Kawasan aktifnya adalah seperti berikut:
- Bandar Puteri Puchong
- SS12
- SS15
- USJ21
- Jalan Kenari
- USJ19 (Taipan)
Apakah had parkir dua jam?
(Kredit Foto: MBSJ)
Seperti namanya, ia adalah parkir kereta dimana pemandu hanya dibenarkan meletak kereta mereka untuk selama dua jam. Ini akan mengurangkan bilangan kereta yang diletakkan untuk tempoh yang lebih lama, yang bermakna lebih berkemungkinan terdapat lot yang tersedia sepanjang hari. Ini juga merupakan langkah yang disasarkan untuk memenuhi keperluan pengunjung ke daerah itu dan bukannya pekerja yang bekerja di kawasan itu.
Kadar untuk had parkir baru dua jam adalah RM0.60 untuk setengah jam dan RM1.20 untuk sejam. Ruang letak kereta ini boleh dikenal pasti dengan penunjuk jingganya. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak sedar atau memilih untuk tidak mengendahkan peraturan baharu lalu membayar parkir pada kadar biasa (lot kuning) ataupun meninggalkan kereta mereka di lot jingga tersebut untuk masa lebih daripada 2 jam. Pemandu kenderaan ini telah dikenakan denda RM80.
(Kredit Foto: MBSJ)
Pembayaran untuk tempat letak kereta boleh dibuat secara dalam talian, pada aplikasi mudah alih seperti Touch n Go (e-dompet), Flexi Parking, Smart Selangor Parking atau Flexi Parking.
Sistem akan dilaksanakan untuk memantau mereka yang meletak kenderaan di lot-lot ini bagi memastikan mereka mematuhi had masa. Sistem ini akan memberi amaran kepada pegawai penguatkuasa tentang mereka yang tidak mematuhinya jadi sebaiknya anda tidak mencuba nasib anda!
Jika anda berkeras untuk meletak kereta di lot-lot ini sepanjang hari, pastikan anda meninggalkan tempoh "cooling-off" selama satu jam sebelum memasuki semula mana-mana zon dua jam.
MBSJ juga telah menyatakan bahawa mereka akan berusaha untuk memperluaskan liputan sistem parkir dua jam ini ke lebih banyak kawasan jadi sila biasakan diri anda dengan perubahan ini.
Seperti biasa, kekal selamat pemandu!
Tuntut penilaian kereta percuma anda hari ini!
Bacaan Tambahan: Can You Do A Road Trip In An Electric Vehicle From Kuala Lumpur To Singapore?