Apakah Perlindungan Insurans Banjir dan Patutkah Anda Dapatkannya?

Diterbikan oleh pada

(Kredit Foto: Reuters)

Banjir kilat sudah menjadi sesuatan kebiasaan di Malaysia dan perlindungan insurans banjir telah menjadi topik yang biasa dibincangkan. Tetapi apakah sebenarnya insurans banjir dan adakah anda benar-benar memerlukannya?

Seperti yang telah kita mempelajari, insurans motor adalah sangat penting untuk setiap pemilik kereta di Malaysia. Ia menawarkan tahap perlindungan kewangan dan ketenangan fikiran sekiranya anda menghadapi situasi yang tidak diingini dengan kenderaan anda seperti kemalangan jalan raya. Tekanan selepas kemalangan berkurangan —sekurang-kurangnya berkaitan dengan keadaan kewangan anda— apabila anda mempunyai perisai pelindung ini.

Selain daripada tiga bentuk utama insurans motor, komprehensif, pihak kedua, dan kebakaran dan kecurian, terdapat juga pelbagai bentuk perlindungan tambahan yang boleh anda gunakan untuk perlindungan selanjutnya. Salah satu contohnya adalah perlindungan banjir. Ia membantu menampung pembaikan berkaitan kerosakan banjir yang mungkin agak mahal disebabkan oleh keterukan dan komplikasi apabila air banjir termasuk ke dalam sistem kereta anda.

Malaysia mempunyai sejarah berwarna dalam perihal banjir kilat seperti banjir 2014 yang meragut 25 nyawa dan memusnahkan lebih daripada dua ribu rumah. Awal tahun ini, banjir kilat melanda Lembah Klang menyebabkan lebih seratus rumah dan banyak lagi kenderaan termusnah. Oleh itu, ia agak membimbangkan untuk diperhatikan bahawa hanya 18% daripada kenderaan di Malaysia mempunyai perlindungan banjir.

Jadi apa isunya?

(Kredit Foto: Pexels)

Isu terhadap mendapatkan perlindungan banjir untuk kenderaan mereka berkisar tentang persepsi biasa yang dimiliki orang terhadap insurans secara umum. Kos tambahan yang dianggap tidak perlu serta pemikiran degil "ia tidak akan berlaku kepada saya" atau "saya boleh mengambil langkah untuk mengelakkannya". Pertempuran lama antara pelanggan dan syarikat insurans ini adalah kebimbangan utama dan dalam banyak cara mentaliti ini sangat salah.

Jika kita bercakap tentang kos, harga untuk menyelamatkan MyVi atau Axia yang rosak akibat banjir ialah kira-kira RM20,000. Harga untuk mendapat perlindungan banjir adalah kira-kira RM300 hingga RM500, angka yang sedikit jika dibandingkan, terutamanya apabila mengambil kira kemungkinan banjir di sini.

Lagi-lagi untuk mereka yang tinggal di kawasan yang lebih kerap terjejas seperti Selangor, Pahang dan Lembah Klang. Kami menggesa anda untuk mendapatkan perlindungan banjir sekarang, semasa musim bukan tengkujuh di mana ia sangat mudah untuk melupakan risikonya. Penyesalan adalah emosi yang anda tidak perlukan dalam situasi beremosi seperti melalui tragedi semula jadi.

Jika anda sedang mencari bantuan berkenaan dengan perlindungan banjir pada pelan insurans anda, anda sentiasa boleh menghubungi kami dan kami akan mencari anda! Seperti biasa, kekal selamat di jalan raya Motorists!

Saya mahu mendapatkan pelan insurans yang paling berpatutan dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: Choosing the Right Car Insurance Plan for You

0 Comments