Panduan Tempat Letak Kenderaan di Malaysia: KLCC

Diterbikan oleh pada

(Kredit Foto: Pexels)

Ruang sangat premium di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur. Ini diterjemahkan kepada bayaran tempat letak kereta yang tinggi - namun ia tidak semestinya begitu. Pernah terfikir dimanakah tempat letak kereta terbaik dan termurah di "Taman Cahaya Bandar"?

Kuala Lumpur atau KL adalah ibu kota diraja Malaysia yang telah mengintegrasikan budaya ke dalam dunia moden. Ia dicirikan oleh banyak tempat menarik yang dipuja oleh kedua-dua penduduk tempatan serta pelancong.

Walau bagaimanapun, ciri biasa bandar sesak sebegitu adalah kekurangan kawasan parkir, khususnya kawasan parkir yang murah kerana tanah dan ruang adalah terhad dan mahal. Dalam artikel ini, kami berhasrat untuk mencari tempat letak kereta yang paling berpatutan berdekatan dengan pelbagai tarikan di KL.

Petronas Twin Towers

(Kredit Foto: Pexels)

Tiada tempat lain yang lebih afdal untuk memulakan siri ini daripada mercu tanda ikonik KL, Menara Berkembar Petronas. Terletak di dasar menara terdapat banyak tarikan seperti Petrosains dan Aquaria KLCC dan taman KLCC terletak di depan pintunya. Kawasan ini juga betul-betul bersebelahan dengan daerah beli-belah yang digelar "Golden Triangle" yang penuh dengan kedai-kedai dan tempat tumpuan hiburan malam. Kawasan ini tidak dinafikan antara lokasi yang paling sering dikunjungi di KL dan disitulah timbulnya masalah parkir yang murah. Tetapi jangan risau, kami ada untuk membantu anda!

Parkir di Suria KLCC akan menelan bayaran permulaan sebanyak RM5.00 untuk jam pertama (atau sebahagian daripadanya) dan RM4.00 untuk setiap jam berikutnya, dihadkan pada RM17. Banyak pertubuhan di sekitar KLCC telah menyesuaikan harga atau protokol mereka dengan sewajarnya kepada orang ramai; sesetengahnya mempunyai kadar parkir yang sengaja ditinggikan manakala yang lain boleh difahami hanya membenarkan pelanggan mereka sendiri meletak kereta di kawasan parkir mereka.

"Golden Triangle"

(Kredit Foto: Pexels)

Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke Menara Prestige, di mana kadarnya lebih rendah sedikit pada RM4.00 untuk jam pertama dan RM3.00 untuk setiap jam berikutnya. Avenue K juga melaungkan RM3.00 sejam pada hari bekerja dengan kadar rata RM6.00 untuk parkir semalaman. Terdapat 150 lot di Jalan Mayang yang akan menelan kos RM4.24 sejam yang mungkin tidak kelihatan seperti pilihan termurah yang dinyatakan setakat ini tetapi hadnya yang agak rendah (RM12.70) menyebabkannya dipertikaikan.

Cadangan terakhir kami ialah Jalan Saloma yang beroperasi pada sistem kadar rata yang bermakna ia boleh menjadi pilihan yang sangat murah jika anda mengekalkan blok masa, yang akan disenaraikan di bawah. Namun, kawasan parkir ini memerlukan anda untuk berjalan sedikit untuk ke KLCC. Malah, dalam jadual maklumat di bawah, kami akan menyatakan anggaran masa berjalan ke destinasi supaya anda boleh mengenal pasti pilihan yang paling sesuai dengan keperluan anda!

Lokasi
Alamat
Masa Jalan ke Destinasi (Mins)
Kadar
Bilangan Lot Parkir
KLCCKLCC Parking
Management Sdn Bhd
Kuala Lumpur Convention Centre
Jalan Pinang
50088 Kuala Lumpur
0-1Jam Pertama: RM5.00
Jam Seterusnya: RM4.00
Dihadkan pada: RM17.00
1000
(*4889 di KLCC Suria)
Menara PrestigeEdisijuta Parking Sdn Bhd
Menara Prestige
1, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur
8Jam Pertama: RM4.00
Jam Seterusnya: RM3.00

Bermalam (19:00 to 07:00)
Isnin-Khamis: RM5.00
Jumaat-Ahad: RM6.00
841
Avenue KCity Properties Sdn Bhd
Avenue K
156, Jalan Ampang
Kampong Baru
50450 Kuala Lumpur
7Isnin-Sabtu
Sejam: RM3.00

Bermalam (18:00 to 07:00): RM6.00

Ahad
3 Jam Pertama: RM4.00
Jam Seterusnya: RM3.00
581
Jalan MayangParkSafe
Jalan Mayang
Lorong Mayang
Kampong Baru
50450 Kuala Lumpur
7Sejam: RM4.24

Dihadkan pada: RM12.70
150
Jalan SalomaTimur Carpark Sdn Bhd
Jalan Saloma
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
12Siang Hari
Isnin-Jumaat (06:00 to 16:00): RM7.00

Petang
Isnin-Khamis (Lepas 16:00) RM4.00
Jumaat (Lepas 16:00): RM5.00

Sabtu/Ahad (Sepanjang Hari): RM5.00
460


Jelaslah, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi betapa murah atau mahal kos anda perlu bayar untuk parkir di kawasan KLCC. Sebagai contoh, untuk lawatan singkat pada hari kerja, Avenue K mungkin patut menjadi pilihan anda tetapi apabila menceroboh masuk ke jam ke-3 anda berparkir, Jalan Saloma menjadi pilihan yang lebih baik nilainya. Ini sudah tentu juga bergantung pada masa letak kereta dan terdapat juga pertimbangan lain seperti sama ada anda mampu untuk berjalan kaki yang lebih jauh dari kawasan parkir yang lebih murah.

(Kredit Foto: Pexels)

Kongsi panduan ini dengan rakan dan keluarga anda dan beritahu kami di ruangan komen jika anda tahu tentang kawasan parkir lain yang tidak disenaraikan di panduan ini!


Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: The New Car Owner's Guide Vol. 1: Engine Oil

0 Comments