(Kredit Foto: Reuters)
Sebagai satu lagi langkah besar ke alam normal seperti situasinya sebelum COVID-19, kerajaan Malaysia dan juga Singapura telah mengumumkan rancangan untuk membuka sempadan kepada kenderaan awam.
“Kandang” adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan Pusat Pemeriksaan Woodlands pada waktu pagi ketika rakyat-rakyay Malaysia sabar beratur menaiki motosikal mereka, serta mengharungi kelembapan dan kepenatan ketika menuju ke Singapura untuk bekerja.
Perihal yang amat meletihkan ini hampir menjadi kenangan indah dalam tempoh dua tahun sejak sempadan Malaysia-Singapura ditutup untuk kenderaan persendirian. Anda mungkin bergembira apabila mengetahui bahawa anda boleh dapat memasuki semula "kandang" tersebut tidak lama lagi, mulai April 1. Ini telah diumumkan dalam kenyataan bersama antara Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis lepas, 24 Mac.
Jadi apa yang anda perlukan?
Ujian pra-berlepas (PDT) dan semasa ketibaan (OAT) tidak lagi digunakan jika anda mahu melancong ke Singapura. Apa yang anda perlukan untuk menyeberangi sempadan adalah:
- Dokumentasi perjalanan yang sah (Pasport, Permit Masuk Kenderaan)
- Serahkan sijil vaksinasi digital anda ke Portal Semakan Vaksinasi
- Lengkapkan Kad Ketibaan SG anda dalam masa 3 hari selepas tiba di pusat pemeriksaan
Namun, kami ingin memberi nasihat terlebih dahulu. Anda boleh dibenarkan masuk Singapura hanya kalau sudah divaksin sepenuhnya, atau jika kanak-kanak yang tidak divaksinasi itu di bawah umur 12 tahun. Pusat pemeriksaan juga dijangka akan tersekat kerana ramai orang sudah tidak sabar lagi untuk memasuki Singapura. Kerana it, kami di Motorist ingin menasihati anda untik tidak mengembara jika tidak penting, atau berisiko terperangkap dalam barisan lalu lintas yang panjang!
Ini mungkin merupakan perkembangan yang sangat menarik bagi rakyat Malaysia dan Singapura, dan sudah tentu merupakan petunjuk positif bahawa keadaan di wilayah sini dan juga di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, ancaman COVID-19 masih ada, jadi sila ambil langkah-langkah tertentu sebelum memandu ke Singapura.
Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!
Bacaan Tambahan: Myth or Fact? Common Misconceptions About Cars