Jualan Tiket VTL ke Singapura Digantung Buat Sementara Di Tengah-tengah Peningkatan Nombor Omicron

Diterbikan oleh pada . Dikemas kini pada 18 Feb 2022

Editors%2 Fimages%2 F1640150658614 Land And Air Vtl To Singapore Suspended Featured(Kredit Foto: Flight Global)

Dari 23 Disember 2021 hingga 20 Januari 2022, kerajaan Singapura akan menghentikan semua jualan tiket bas dan penerbangan VTL yang masuk ke Singapura dalam usaha mereka mengawal peningkatan nombor Omicron.

Mereka yang telah membeli tiket Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat dan Udara (VTL) mereka sebelum ini akan dibenarkan meneruskan perjalanan tanpa kuarantin mereka. Sila ingat untuk mengikuti protokol yang diperlukan seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini hanya memberi kesan kepada mereka yang masih belum membeli tiket sebelum 23 Disember 2021. Mulai 21 Januari 2022 dan seterusnya, bilangan tiket bas dan penerbangan untuk perjalanan VTL juga akan dikurangkan separuh sehingga diberitahu kelak.

Editors%2 Fimages%2 F1640150554684 Singapore Airport Populated(Kredit Foto: Pexels)

Sehingga hari ini, 22 Disember 2021, Singapura mempunyai 71 kes yang disahkan membawa varian Omicront, di mana 65 daripadanya adalah kes import. Langkah terbaharu ini adalah percubaan untuk menyekat penyebaran varian ini yang didapati sangat mudah ditularkan.

Penduduk negara yang sangat padat di seberang Tambak boleh membawa kepada penyebaran virus yang cepat dan oleh itu kerajaan Singapura telah mengambil langkah-langkah ini untuk memastikan keselamatan rakyat mereka.

Penduduk Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan rancangan perjalanan mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu kerana kita menghadapi satu lagi pertempuran melawan virus ini.

Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!


Bacaan Tambahan: Selling Your Used Car Online with Motorist Malaysia

0 Comments