Ketika menjual kereta, terdapat sejuta satu perkara yang perlu dipertimbangkan dan dilakukan, dan ia boleh menjadi agak tertekan dan merungsingkan, terutamanya bagi penjual kereta kali pertama.
Tetapi, tahukah anda terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan yang akan memberi kesan kepada harga kereta anda?
Berikut adalah lima kesalahan lazim yang dilakukan oleh ramai rakyat Malaysia semasa menjual kereta mereka.
1) Tidak Mengetahui Kereta Anda Dari Luar dan Dalam
(Kredit Foto: Pexels)
Sebelum menjual kereta, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apa sahaja dan semua perkara mengenai kereta yang anda pandu secara terperinci. Dengan ini, yang kami maksudkan adalah mengetahui jenama dan model kereta, ciri-ciri, transmisi, umur, pengubahsuaian, penggantian dan pelbagai lagi.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir penjual kereta di luar sana yang tidak mempunyai pengetahuan yang asas seperti jenama dan model kereta apabila ditanya oleh pembeli berpotensi. Dengan mengetahui jenis kereta yang dipandu, anda juga boleh mendapatkan nilai anggaran kereta dengan mengisi borang ringkas dalam talian sahaja.
2) Tidak Menyenggara Kereta Secara Berkala
(Kredit Foto: Pexels)
Kebanyakan pengeluar kereta kini menyediakan beberapa bentuk waranti pengilang kepada kereta yang baru dibeli. Tempoh waranti adalah berbeza-beza, tetapi kebanyakan daripada mereka menawarkan lebih kurang lima tahun waranti untuk kereta baharu. Di samping itu, sebahagian daripada mereka juga menyediakan perkhidmatan penyenggaraan kereta secara percuma, bergantung kepada jangka masa penyenggaraan kereta tersebut.
Ini adalah antara maklumat yang ingin diketahui oleh pembeli berpotensi, terutamanya jika kereta itu adalah agak baru. Jika kereta anda masih di dalam tempoh waranti, anda mungkin boleh meletakkan harga yang lebih tinggi untuk mendapat ketenangan fikiran.
Menyenggara kereta anda di bengkel kereta yang diiktiraf dalam jangka masa dan pembuatan yang disyorkan juga penting. Sebilangan waranti akan menjadi tidak sah jika pemiliknya tidak bertanggungjawab dan menyenggara kereta mereka pada jangka masa yang tidak menentu.
Tidak kiralah sama ada anda menjual kereta dengan atau tanpa waranti yang sah, rekod penyenggaraan, yang perlu disimpan dengan selamat, akan bertindak sebagai petunjuk yang baik kepada mana-mana pembeli berpotensi bahawa kereta anda telah diselenggara dengan baik secara berkala.
3) Tidak Menjaga Kebersihan Kereta Anda
(Kredit Foto: Pexels)
Semasa menjual kereta anda kepada mana-mana pihak, memiliki kereta yang dalaman dan luarannya bersih dan dijaga dengan baik akan mendatangkan kebaikan kepada pihak yang terlibat. Penting untuk diingatkan bahawa kereta yang bersih biasanya akan menjadi petanda kepada pembeli berpotensi bahawa kereta tersebut telah diselenggara dan dijaga dengan baik.
Perkara lain yang anda boleh lakukan sebelum menjual kereta adalah dengan membuat sedikit penambahbaikan kepadanya. Sebelum menjual, anda boleh membuat beberapa modifikasi ringkas untuk menaikkan harga kereta anda, seperti memasang sistem hiburan atau set tayar baharu.
4) Tidak Mendapatkan Bayaran Balik Insurans
(Kredit Foto: Pexels)
Jangan lupa untuk membatalkan premium insurans semasa menjual kereta anda. Hal ini adalah amat penting kerana ia akan membolehkan anda menikmati pulangan yang lebih baik daripada polisi insurans pada masa hadapan.
Sekiranya anda mendapatkan kereta baharu, ingatlah untuk mendapatkan surat sokongan daripada syarikat insurans anda. Surat sokongan ini adalah mengenai hak Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) yang anda miliki sekarang. Ini akan membolehkan anda memindahkan NCD yang telah dikumpulkan selama bertahun-tahun kepada kereta baharu anda.
5) Tidak Melunaskan Baki Pinjaman Anda
(Kredit Foto: Pexels)
Menjual kereta adalah mudah dan jelas apabila kereta anda telah dibayar sepenuhnya. Tetapi, bagaimana jika anda masih mempunyai tunggakan pinjaman daripada pihak bank? Adakah anda tahu bahawa tunggakan tersebut boleh diselesaikan oleh pemilik kereta seterusnya?
Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke cawangan bank di mana anda telah membuat pinjaman. Sekiranya anda melakukan ini, pastikan pihak seterusnya menyelesaikan bayaran dengan betul. Untuk lebih selamat, semasa mengiklankan kereta, anda boleh mendapatkan faedah daripada bakal pembeli dengan meminta deposit yang tidak boleh dibayar balik tidak kira sama ada pinjaman daripada bank diluluskan atau tidak diluluskan.
Sekiranya anda tidak melakukan perkara ini, anda mungkin perlu menyelesaikan pinjaman bank anda sendiri yang melibatkan banyak kertas kerja, selepas anda menerima cek atau bayaran penuh secara tunai untuk kereta anda.
Tidak percaya pada diri anda untuk mengelak daripada melakukan setiap kesilapan ini? Ada cara yang lebih mudah untuk menjual kereta anda dengan harga setinggi yang mungkin tanpa perlu melalui apa-apa kesusahan. Di Motorist, kami menghubungkan anda kepada rangkaian kami dengan hampir 500 peniaga kereta terpakai. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyediakan perincian kereta anda kepada kami dan kami akan memberikan sebut harga percuma untuk kereta anda tanpa sebarang ikatan.
Dengan kaedah kami, kami mencari harga terbaik bagi sesiapa yang ingin menjual kereta di Malaysia. Kami telah berjaya melakukan transaksi kepada lebih 11,000 kenderaan yang bernilai lebih RM600,000,000, dengan ribuan pengguna yang berpuas hati. Mengapa tidak menjadi pelanggan seterusnya yang berpuas hati dengan mendapatkan nilai semaksimum yang mungkin untuk kereta anda tanpa perlu risau melakukan sebarang kesilapan?
Saya mahu mendapatkan harga jualan tertinggi untuk kereta saya dalam masa 24 jam!
Bacaan Tambahan: How Do You Sell Your Car Yourself?